Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
AHMAD TERMIZI menunjukkan sebahagian kopiah Al-Barakah yang dijual di kedainya di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
ALOR SETAR – Pengeluar kopiah berjenama Al-Barakah, Kufiah Al-Barakah Enterprise (Kufiah Al-Barakah) menawarkan kemudahan di hujung jari bagi para pelanggannya dengan menyediakan perkhidmatan tempahan dan pembelian secara dalam talian.
Pengurus Besarnya, Ahmad Termizi Mohamad Suhaimi berkata, tawaran itu selaras dengan daya saing perniagaan dan perkembangan dunia teknologi masa kini.
Katanya, pengenalan saluran pembelian alternatif tersebut akan memudahkan pengguna mendapatkan produk keluaran syarikat tanpa perlu berkunjung secara fizikal di pusat jualan Kufiah Al-Barakah.
“Hanya dengan melayari laman sesawang www.kufiahalbarakah.com, para pengguna boleh memilih hampir 50 reka bentuk kopiah yang ditawarkan pada harga antara RM45 hingga RM100 setiap satu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_16.htm#ixzz46RJIBQFK
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment